Assalamualaikum WBT.....dengan limpah kurnianya diberikan aku dan rakan-rakan kekuatan dan peluang untuk ride kecil-kecilan ke Thailand pada tanggal 27/11 - 01/12/2014. Tujuan entry pada kali ini adalah untuk mengabadikan kenangan yang tercipta semasa ride tersebut dan bagi berkongsi pengalaman serta maklumat dengan rakan-rakan yang lain. Ride kali ni disertai oleh 4 orang rakan2 termasuk aku. Dua orang sahabat kepada kami dan merangkap keluarga kepada Hazli akan menunggu di Satun/Tammalang. (*bini Hazli orang Tammalang). Tema ride adalah lebih kepada makan2 dan aktiviti riadah di Wang Saithong.
![]() |
| Dari kiri : Yusuf, Zulfakar, Hazli dan aku. Foto by En.Hanif |
![]() |
| Hazli sedang merenung jauh.... |
On the way pi Tanjung Lembong tu sempat singgah light breakfast di kedai mamak berhampiran. Dan disebabkan kami berhenti minum tu jugak...agak terlewat sikit sampai ke Jeti Tanjung Lembung. :)
![]() |
| Yusuf sedang memastikan moto parking elok-elok |
![]() |
| Hazli & Zul dalam kelegaan sebab sempat naik bot... :) |
![]() |
| Antara kenderaan yang turut menaiki RORO |
![]() |
| RORO masih belum fully loaded... |
![]() |
| Muka ceria selepas selesai urusan border Wang Kelian |
Selepas border, kami berhenti solat dimasjid yang tak berapa jauh dari Wang Kelian dan terus bergerak menuju ke pekan Satun. Dalam perjalanan ke Satun, kami singgah di pekan Cina bagi menukar matawang.
![]() |
| Suasana Pekan Cina |
![]() |
| Muka x puas hati...rate tukaran wang x best |
Perjalanan diteruskan menuju ke Satun dan seterusnya ke Tammalang....bagi kami yang 1st time nak berpijak di bumi Tammalang ni...terkejut jugak la sebab kena naik bot cross sungai....naik dengan moto-moto sekali....sebenarnya tujuan kami ke Tammalang ada misi khas....tunggu tgk kat bawah ni...
![]() |
| Diatas bot menuju Tammalang...Zul dengan wajah cerianya. |
Sedikit video semasa diatas bot dalam perjalanan ke Tammalang....
Setibanya dirumah Mertua Hazli....grup kami amat terharu dengan sambutan serta layanan yang diberikan oleh keluarga isteri beliau.....terus terang aku katakan yang aku sendiri dah lama tak pernah terima layanan sebegitu.
Setibanya kami di rumah tersebut...kami dijamu dengan sate ayam, sosej dan fishball yang tak macam sate kat Mesia......jap....jap...tgk gambar kat bawah ni...
Ingat tak tadi cakap pasal misi khas......ini baru appetizer jerrr...
Gambar makanan breakfast...sebelum tu dah sebat nasik dengan lauk Pad Kra Pao Gai (Ayam masak selasih )
![]() |
| Sate Ayam yang memang terbaik.. |
![]() |
| Sosej dengan bola-bola ikan.... |
Ingat tak tadi cakap pasal misi khas......ini baru appetizer jerrr...
Wajah-wajah girang.....
Hazli sedang menikmati makanan yg terhidang
Keseronokan mengira duit Baht
Dah la bagi makan....bagi kain pelikat lagi sorang satu....memang terharu den....Setelah selesai membaham appetizer + solat + kira duit, kami dihadapkan pula dengan misi khas yang aku dok sebut-sebut dari tadi. Nak tau apa tak....tengok kat bawah ni...
Ini lah dia misi khas kami ke Tammalang ni....dalam besen merah kat atas ni yang tengah berenang-renang tu adalah 'Soft shell crab' ataupun ketam kulit lembut. Ketam-ketam ni diusahakan oleh sanak saudara Hazli di Tammalang. So memang plan nak membaham ketam-ketam ni.....memang terbaik..
Korang boleh compare ketam yang aku pegang tu dengan muka aku...memang besaq baq hang..,selalunya 'Soft shell crab' ni kecik2 comel jerr... tapi yang kat sini semua saiz jumbo...Soft shell crab ni boleh ditelan semuanya...dgn kulit2 sekali...nama pun Ketam kulit lembut..
Wajah-wajah terkejut sambil posing untuk ambik gambar....dah siap posing, tinggal tunggu juadah disediakan oleh tuan rumah. Kami menanti dengan penuh kesabaran....sebab dah sebat sate dgn sosej tadi... :)
Saat yang ditunggu-tunggu pun tiba....pic kat atas ni 'Soft shell crab' masak Phad Phet....dan rempah yang dipakai untuk masakan ni memang unik dan custom made kat sebuah kedai makan di Satun...cerita pasal kuah Phad Phet ni terus terliur aku...teringat balik...
Yang ni pulak 'ketam kulit lembut' digoreng tepung.....memang crispy mispy....sedap baq hang.....
Gambar diatas ni pulak adalah salah satu lagi specialty kat sini...iaitu burung ayam-ayam masak kunyit...aku yang memang agak jakun dan x pernah makan burung ni memang kagum gak la...burung ayam-ayam ni ditangkap disekitar kawasan kampung..
Aksi Zul sedang membaham ketam kulit lembut goreng tepung...aku dah tak tau macam mana nak cakap @ type dia punya nikmat makan malam tu....dan kat sini jugak aku nak ambil kesempatan bagi pihak aku dan rakan-rakan yang lain untuk merakamkan setinggi -tinggi terima kasih dan rasa terharu yang amat sangat kepada Hazli dan keluarga beliau di Tammalang yang menyambut, menyuap kami makan dan menunjukkan satu budaya yang aku ingat dah tak ada dalam dunia ni...memang the best...thank you.
Keesokan harinya di Satun, kami singgah breakfast sebelum memulakan perjalanan ke Wang Sai Thong bagi aktiviti seterusnya.....
![]() |
Posing jap selepas breakfast.....
Urusan membeli simkad Thailand, thank you Ikram tolong jadi translator....
Setelah perjalanan lebih kurang sejam setengah, kami selamat tiba di kawasan Rekreasi Wang Sai Thong yang terkenal dengan aktiviti kayak sebagai daya penariknya.
Bergambar kenangan sebelum turun ke sungai bagi memulakan aktiviti kayak. Lupa lak nak bagitau dua orang dari kiri adalah saudara Ikram dan Shukor, saudara kepada Hazli merangkap tourguide/translator kitorang....baik-baik orangnya.
Dah masuk sungai...kat sini air tak dalam lagi...kat depan sana nun...dua kali tinggi aku pun ada. Yang boleh tau tu pun sebab kayak terbalik kat situ... :)
Tengah risau takut kayak tu tak boleh menampung berat aku yang cute ni...
Boleh tampung rupanya....hihihihi
Hazli dan Zul beraksi......
Gambar selepas selesai aktiviti kayak 16km yang mengambil masa 2 jam.....masing-masing dah pancit dan kebuluran.....
Dipendekkan cerita, setelah pancit berpantul-pantul. Perjalanan diteruskan ke Hatyai dari Satun. Gambar diatas berhenti kat aku pun tak ingat nama tempat...lapaq gila...Selepas makan kami bertolak ke hatyai..kira2 75km dari tempat kami berhenti.
Cuaca selepas berhenti makan tu bertukar menjadi hujan lebat....dan gelap. Gelap sebab dah malam :) Perjalanan diteruskan jugak walaupun dah habis basah kuyup. Tiba di Hatyai lebih kurang 9 malam waktu Thailand. Habis kecut kulit sebab kebasahan.
Zul berposing diatas Tut Tut....
Keesokan harinya..kami decide untuk ke Pasar Kim Yong...untuk early lunch dengan shopping sikit-sikit. Kelihatan Hazli dan Yusuf sedang meninjau barangan yang dijual.
Suasana di kawasan medan selera pasar kim yong. Tempat pilihan kami...kedai yang first sekali....semua juadah dijamin halal. Sup tulang memang terbaik dikawankan pulak dengan udang sambal petai...memang perghhhhhh....breakfast nii.... hahahaha
Ini je gambaq makanan yang sempat diambik....yang lain tak sempat....
Setelah selesai makan......muka kekenyangan masing-masing
Selepas melampiaskan nafsu makan, kitorang gi jalan-jalan kedai aksesori motor
Sebelah malamnya aktiviti jalan-jalan pasar malam di Hatyai.....cuci mata sambil cuci poket
Dessert signature Thailand...Pulut pelam dengan ayam goreng
Setelah penat berjalan...rehat sat kat lobi hotel....
Keesokan harinya...sebelum bertolak ke Ban Lam Po...tempat seafood tepi pantai
Pemandangan di Ban Lam Po...restoran terapung lebih kurang 20km dari Hatyai
Posing sikit....
Tengah menunggu makanan sampai dengan penuh kesabaran
Antara menu yang dioder...Keng som...sotong tepung...kerang bakar
Kari udang yang tak pedas....disulam dengan telur...
Selepas selesai sessi makan-memakan...balik ke hotel untuk urusan check-out
Ready to ride...perjalanan kembali ke Satun
Tayargolek.com......
Setibanya di Satun...semasa dinner..terjumpa biker Satun bawak moto klasik BMW ni...
Memang terbaik.....
Keesokan harinya 3 buah motor menuju ke Malaysia
.
Gambar dirakam di kawasan selepas Wang Kelian.....kaki bukit nama tempat ni kalau x silap
Berhenti rehat kat Kodiang.....
Zul selfie....
Yusuf sedang sibuk punch card :)
Malam ni memang kami plan bermalam di Alor Setar sebelum berangkat balik ke Langkawi...
Selamat berada diatas RORO menuju ke Pulau Langkawi
Yusuf masih lagi sedang punch card dari semalam... hihihii...jgn marah Chop.
Dengan ini secara rasminya ride kami pada tahun ini berakhir dalam keadaan yang selamat dan baik adanya. Segala rintangan dan cabaran dilalui dengan jayanya dengan kehendaknya....alhamdulillah. Ride kali ni memang banyak memberi pengalaman baru kepada diri aku dan rakan-rakan. Rasanya pengalaman yang ditempuhi bersama-sama rakan-rakan memang tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Disini sekali lagi aku nak ucap terima kasih kepada rakan-rakan yang menjayakan ride kecil-kecilan ni dan juga kepada keluarga Hazli di Tammalang...jasa baik dan layanan yang diberikan semasa kami disana tak mungkin dilupakan........terima kasih.
View sunset depan rumah aku masa hari sampai balik Langkawi tu.....rasa sebak pun ada.
Till the next ride my friends.....





























































